Jumat, 15 Juli 2011

= Ainul Mardiah....Serikandi penyeri Hati =

Ainul Mardhiah merupakan bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya, “siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba dia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari syurga.” Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda ingin sangat tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut tetapi dia malu untuk bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar berjihad.

Sebelum Zuhur,sudah menjadi sunnah nabi untuk tidur sebentar,maka kesemua sahabatpun tidur sebentar bersama-sama menunggu waktu zuhur masuk.
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri.Lalu ditanya, “dimanakah aku?” Lelaki itu menjawab, “inilah syurga.” Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah.Lelaki tadi menunjukkan ara untuk dia ikuti.Perjalanannya menemukan dia denga sebuah pohon dan di pohon itu terdapat seorang wanita yang tersangat cantik,kecantikannya tidak dapat digambarkan dengan kecantikan wanita dunia.Di bertanya, “adakah kamu ‘Ainul Mardhiah?”Wanita itu menjawab, “tidak,aku adalah khadamnya.’Ainul Mardhiyah berada di dalam singgahsananya.”

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi,sedang mengelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai.Seraya dia member salam dan bertanya sekali lagi, “adakah kamu ‘Ainul Mardhiyah?”Wanita itu menjawab, “tidak,aku hanyalah khadamnya.’Ainul Mardhiyah berada di atas mahligai ini.”

Tanpa membuang masa,dia menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu.Di akhir perjalanannya,dia bertemu dengan seorang wanita yang berpuluh-puluh kali ganda cantik daripada wanita yang pertama jumpainya dan berpuluh-puluh kali ganda cantik daripada wanita yang kedua dijumpainya dan dia bertanya, “adakah anda ‘Ainul Mardhiyah?” Wanita itu menjawab, “akulah ‘Ainul Mardhiyah.Aku diciptakan untukmu dan kamu diciptakan untukku.”Lantas dia mendekati ketua bidadari itu namun ‘Ainul Mardhiyah berkata, “nanti,kamu belum lagi syahid.”

Tersentak dia lantas terjaga dia daripada lamunannya.Dia menceritakan hal ini kepada seorang sahabat yang lain dan berpesan supaya cerita ini tidak diceritakan kepada nabi sehinggalah dia syahid.Petang itu,pemuda itu keluar berperang dan dia Berjaya mendapatkan syahid di jalan Allah.Petang itu,ketika semua orang pulang ke masjid untuk berbuka puasa,sahabat yang diberi amanah oleh pemuda tadi mendekati nabi dan menceritakan cerita pemuda tersebut.Nabi membenarkan segala ceritanya,malah nabi bersabda, “sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar